Showing posts with label yahudi. Show all posts
Showing posts with label yahudi. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Konspirasi Dunia - Tower Of Babel


The Great Architect, dajal telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah. Tetapi dia telah mengambil keputusan untuk menentang penciptanya sendiri dan bersetongkol dengan Azazil. Sepanjang peradaban manusia, dia telah meninggalkan tanda-tanda kehadirannya dan salah satu tanda yang ditinggalkannya ialah binaan agung yang begitu tinggi kejuruteraannya. Taman tergantung Babylon, piramid, Tembok Besar China, Stonehedge semuanya adalah ilham si genius ini.

Sebelum ini saya sudah mengulas tentang binaan Piramid dan Obelisk. Sila rujuk artikel saya sebelumnya untuk mengetahui tentang asas-asas binaan dajal di seluruh dunia yang dibina untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan pengaliran tenaga negatif terus ke langit. Piramid, Obelisk itu adalah antara cara pengumpulan tenaga, dan tenaga yang disalurkan ialah tenaga negatif. Konsep yang sama juga digunakan di Masjid iaitu kubah. Kubah juga adalah salah satu binaan yang cukup baik untuk mengalirkan tenaga, dan tenaga yang dialirkan itu adalah tenaga yang positif. Konsep yang mudah untuk difahami di sini kan?

Ketahuilah kita umat akhir zaman, dan ketibaan The False Messiah/ Antichrist/ Dajal ini semakin hampir. Jika anda perasan, binaan agung pada peradaban terhadulu telah dibina kembali untuk menyambut kedatangan si laknat ini. Dengan bantuan konco-konconya yang telah sekian lama berkhidmat untuk Azazil menentang Tuhan Yang Esa.


Salah satu binaan penting untuk menyambut Messiah Yahudi ini ialah Tower Of Babel!


Sebelum saya membawa pemikiran anda lebih jauh, pasti pembaca tertanya-tanya, adakah Tower Of Babel ini benar-benar wujud? Atau hanyalah sekadar dongengan dan hanya fantasi rekaan sahaja. Sebenarnya Tower Of Babel ada disebutkan di dalam Al-Quran. Firaun telah mengarahkan pembinaan sebuah binaan yang tinggi untuk mencabar kekuasaan dan memperlekehkan Allah s.w.t:

Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".
Al-Qasas 38

Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)
"(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.
Ghaffir 36-37

Bangunan tinggi yang dimaksudkan Firaun itu dengan nama lainnya dikenali sebagai Tower Of Babel. Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible dan dipercayai oleh penganut Kabbalah. Tidak perlu saya ceritakan apa yang ditulis di dalam Bible tentang Tower of Bible kerana hanya Al-Quran yang saya jadikan sebagai rujukan. Cukuplah kata kunci yang penting di sini ialah menara ini benar-benar wujud dan ia dibina untuk menentang kuasa Tuhan oleh penentangnya.

Adakah Tower Of Babel zaman moden telah dibina zaman sekarang? Jika dahulu Tower Of Babel adalah binaan yang tinggi kononnya mencapai pintu-pintu langit bak kata Firaun. Jadi pastilah Tower Of Babel zaman sekarang adalah binaan tertinggi!

Jika dilihat pada ranking dunia sekarang, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai! Walaupun belum siap lagi dibina dan semakin hari semakin mencakar langit. Berikut adalah maklumat tentang Burj Dubai atau Menara Dubai ini yang dapat dilihat dari segenap penjuru Dubai ini.




Ketinggian sebenar Menara Dubai ini masih tidak dapat dipastikan kerana ia dijangka siap pada 2010 nanti dan dipercayai ketinggiannya akan mencapai 818M (2,684 kaki) jauh meninggalkan Menara berkembar Petronas di belakang yang hanya berketinggian 452M. Ia mula dibina pada 21 September 2004 dan masih dalam proses pembinaan. Kos pembinaan Menara ini dipercayai menelan USD 4.1 billion dan arkiteknya ialah seorang warganegara Amerika iaitu Adrian Smith.




Berikutan pembinaan menara ini, satu kejadian aneh iaitu kabus sering menyelubungi seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab tentang masalah ini dan Dubai belum pernah mengalami kabus seperti ini sebelum ini. Kemungkinan besar kabus itu adalah disebabkan oleh pengumpulan tenaga negatif yang telah mengionkan udara disekeliling menara itu untuk disalurkan terus ke langit.




Bukan di Dubai sahaja yang mengalami keadaan ini. Di negara kita juga hal yang sama berlaku. Jika kita perasan, di KLCC selepas konsert, perayaan tahun baru atau merdeka yang penuh dengan aktiviti maksiat kita akan mendapati ada kabus yang menyeliputi KLCC ini. Secara tidak sedar kita telah menyumbangkan tenaga untuk kemunculan Dajal ini.



Dajal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu. Apa yang saya maksudkan di sini ialah bila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) the false messiah ini akan keluar dari tempat persembunyiannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh konco-konco dajal si seluruh dunia. Bila manusia kurang beribadat kepada Allah dan ramai manusia melakukan maksiat, secara automatik tenaga negatif yang dihasilkan itu lebih banyak dari tenaga posifit dan elalui binaan-binaan seperti Obelisk, Piramid dan Menara inilah mereka menyalurkan tenaga negatif itu.


Bersediakah kita?

Jangan Jadi Hamba Hiburan

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

Terlebih dahulu, ingin saya katakan yang saya bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat². Namun setakat mana yang saya mampu, saya akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.

Saya ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, yang saya ambil dari entri di Cursing Malay yang berkisar tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?

"Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang ni kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang."



Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. 800 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.


Kenapalah kita perlu duduk terlopong di depan TV, menyaksikan kehidupan seharian sekumpulan remaja yang kerjanya terkinja-kinja. Kenapa tak disiarkan sekali adengan mereka berak, ataupun tidur berdengkur, sambil mengorek hidung. Dah nama rancangan realiti kan.

Kenapalah kita nak tahu sangat bila Artis A berkasih dengan Artis B, bila Janda D keluar dengan Tengku E. Bukanlah kita ada pertalian darah dengan mereka pun. Bukanlah mereka tu bekas rakan sekelas kita pun.

Budaya mengumpat dan memfitnah bagaikan satu perkara normal/biasa yang berlaku setiap hari. Pemikiran kita disekat dan dibantutkan dari berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Kita disuapkan dengan dadah hedonisma.

Anda tidaklah keterlaluan seperti kes yang disebutkan di atas, kan. Mungkin juga. Tapi ingat, godaan itu datang dalam bentuk yang kecil-kecil. Perlahan-lahan ia menghakis sedikit demi sedikit keimanan dalam diri.

Ya Allah, semoga teguran ini membawa manfaat kepada diri ini dan mereka sendiri terutamanya, dan juga orang-orang yang aku sayangi, dan orang-orang di sekeliling ku.

Ok, sebagai menutup tulisan pada malam ini, renungkanlah rajah di bawah, serta video selepasnya. Salam =)








begitulah cara Yahudi ingin menghayalkan umat manusia terutama islam...4F - FUN, FESYEN, FEMALE, FOODS...

Kita terbuai2 dgn buaian mereka.. kemudian bila kita terlena..maka kala itu pancungan mereka pun bermula..

tq Ace..

Saturday, June 12, 2010

Komposer Rock Amerika Mendedahkan Pengaruh Yahudi di Hollywood

Kali ini penyampaian penulis agaknya akan tertumpu kepada bidang hiburan untuk seketika. Tiada tujuan lain hanyalah untuk menyedarkan artis-artis dan peminat fanatik dunia hiburan mahupun muda atau tua. Di sini penulis ingin menghuraikan berkenaan komposer terkenal iaitu Wes Penre dalam membongkar agenda gerakan sulit Yahudi iaitu ILLUMINATI dalam dunia hiburan di Amerika, Hollywood.

Wes Penre pernah diberi liputan dalam beberapa akhbar utama tempatan dahulu kala tetapi tidak meluas, dan mungkin ada dikalangan anda yang sudah mengetahui hal ini.

Siapakah Wes Penre?

Peminat-peminat muzik mungkin tidak mengenalinya tetapi dialah salah seorang individu penting dalam membangkitkan zaman Rock dan Heavy Metal tahun 1980-an dan 1990-an dahulu di Amerika Syarikat. Beliau adalah komposer terkenal, pengubah lagu, pencipta lagu bagi kumpulan-kumpulan rock zamannya seperti Rolling Stone, Led Zepallin, Black Sabbath, Metallica, Aerosmith, Slaughter, Megadeath, Dio, Sepultura dan lain-lain lagi.

Apakah yang Wes Penre ingin bongkarkan? Menurut Penre, semasa beliau menjadi komposer muzik dan pencipta lagu, dia amat hairan bagaimana lagu-lagu ciptaannya yang berunsur-unsurkan pemujian kepada tuhan, kedamaian, intergrasi antara kaum, cintakan keluarga dan kehidupan manusia tidak diterima oleh syarikat-syarikat rakaman gergasi seperti BMG dan Sony Music dan beberapa syarikat rakaman gergasi lain lagi.

Lagu-lagu ciptaannya yang bertemakan seks, pemujaan syaitan, penghinaan kepada semua agama, peperangan dan sewaktu dengannya pula diluluskan untuk diterbitkan dalam album-album kumpulan rock. Beliau kurang mengambil berat masalah ini ketika itu kerana masih banyak lagu-lagu ciptaannya diterbitkan. Lama-kelamaan sifat ingin tahu mula timbul dalam diri. Sifat ini berkobar-kobar sehingga mendesak dirinya untuk melakukan kajian dan siasatan sendiri.

Selepas berkahwin pada 1988, Wes Penre mula mendapatkan sebuah komputer dengan kelengkapan internet. Pada ketika itu, komputer agak mahal kemampuan pencapaian internet tidak sebaik zaman sekarang.

Hasil ketekunannya membuat kajian mendapati bahawa industri muzik di Amerika Syarikat di kawal sepenuhnya oleh suatu kelompok Yahudi ekstremis. Kelompok ini ialah gerakan sulit Illuminati yang sudah bertapak di bumi sejak 1770-an lagi. Kajiannya juga dibantu oleh beberapa artis-artis lain yang mengetahui rahsia disebalik industri hiburan Amerika, banyak maklumat yang diperolehinya. Pada awal tahun 2000, Penre tekad meninggalkan bidang hiburan dan sekarang ini beliau menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang penulisan dan kerja-kerja dakwah agama Kristian. Namun itu bukanlah bermakna dia tidak mengambil tahu langsung perkembangan muzik-muzik masa kini, katanya….

“I am one of those who at that time didn’t understand why my revealing lyrics and melodic songs were not appreciated by the big Record Companies. Now I know better. And no matter what some people might think, I am NOT a bitter, failed musician, who wants to “get even” with the Industry. I live a life I am very happy with, and even if I had the chance again, I would not sign up to be a professional musician. In a better world I would, but I will NOT sacrifice my body and soul to make big bucks for the Illuminati.”

Katanya lagi,

“……so when I write this, I am one of the few who exposes this without having a religious or personal agenda. Whatever you may think of the following, it will definitely open your eyes, and next time you see an interview with one of those artists, listen to a concert, or listen to a CD, you will recognize some of what is written here. Again, my intention is not to have you stop listening to music. I still find much of the rock music being great, and I listen to it daily - but with a new insight …”

Lihatlah, bekas komposer rock terkenal pun sudah insaf, tambahan Penre bukanlah beragama Islam. Jadi dimanakah hala tuju anak-anak muda Islam di Malaysia, mahupun yang belajar di universiti, adakah mereka sedar bahawa mereka cumalah hamba-hamba orang Yahudi sahaja sekarang ini.

Pembongkaran Gerakan Illuminati Dalam Bidang Muzik

Berikut adalah perkara-perkara yang Wes Penre ketahui selepas membuat kajian tentang industri muzik yang menjadi darah dagingnya itu;

* Penre menyedari terdapat suatu gerakan sulit orang-orang Yahudi di peringkat antarabangsa di belakang syarikat-syarikat rakaman dan industri bisnes di Amerika Syarikat. Gerakan sulit ini dikuasai oleh golongan billionaire yang menggelarkan diri mereka Illuminati atau Moriah Conquering Wind, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan industri hiburan untuk memutar belit minda masyarakat untuk mencapai matlamat pergerakan sulit mereka iaitu One World Government.

* Kesemua pengarah-pengarah eksekutif tertinggi Syarikat-syarikat rakaman terdiri dari individu yang sama, mereka adalah ahli pergerakan rahsia Yahudi iaitu Freemason dan Illuminati.

* Untuk menjadi ahli-ahli muzik di bawah syarikat-syarikat rakaman gergasi, anda mesti bekerja sebagai pembawa agenda Illuminati, yang mana bermatlamat mengawal pemikiran seluruh populasi dunia, atau dalam erti kata lain, anda mesti bersedia untuk digunakan sebagai hamba mereka sebelum memulakan kerjaya. Namun demikian, ini tidak bermakna semua artis diserap masuk sebagai pembawa agenda mereka, tetapi mereka terikat dengan peraturan-peraturan dalaman industri tersebut. 

Dalam dunia sebenar, anda bebas melakukan apa saja sebagai seorang artis, sama ada untuk meluahkan perasaan anda melalui muzik anda. Tetapi jika anda mahu membuat perkara tersebut dalam industri muzik barat, anda mesti menyesuaikan diri dengan kehendak kelompok-kelompok Yahudi ini. Sehinggalah sekarang, industri hiburan dan Holywood adalh dua contoh industri yang dikawal sepenuhnya oleh Illuminati.

* Artis-artis terkenal, yang mendapat publisiti meluas, mereka sendiri sebenarnya adalah mangsa aturan kelompok Yahudi (Illuminati) ini, artis-artis ini diberi personaliti yang berbeza-beza dan semuanya dikawal oleh seorang Programmer yang bertindak sebagai pengurus mereka. Semuanya ini dilakukan untuk memastikan artis-artis tersebut sentiasa berada di atas landasan matlamat Illuminati, oleh sebab itu artis-artis tersebut terpaksa mengikut sahaja apa yang direncanakan ke atas mereka. 

Jika mereka cuba lari dari landasan Illuminati atau tidak mengikut perancangan yang ditetapkan, mereka akan dibelot, dihalang dari membuat rakaman album, atau dibuang dari industri atau mungkin dibunuh. Sebab itulah artis-artis terkenal di Amerika mempunuyai statistik kes-kes bunuh diri yang tinggi, yang sebenarnya bukanlah bunuh diri tetapi dibunuh menggunakan helah tertentu. Contoh terdekat seperti yang berlaku kepada bekas gitaris kumpulan rock terkenal, Metallica tahun 1980-an dahulu yang dijumpai mati di sebuah bilik hotel.

* Kebanyakan artis-artis Amerika terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia seperti Church of Satan. Artis-artis ini mengamalkan upacara-upacara penyembahan berhala dan ilmu hitam di Church of Satan sebagai syarat untuk kekal popular (seperti Marilyn Monroe, Ozzy Osborne, Led Zepellin, Michael Jackson, The Eagles dan banyak lagi). Wes Penre juga berjaya mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku disebalik sifat glamour yang dimiliki artis.


Kesimpulannya

Keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah teori, ianya realiti yang berlaku sekarang ini. Apa yang penulis paparkan bukanlah pendedahan pertama tetapi ianya sudah pun dipaparkan oleh beberapa orang pensyarah-pensyarah Malaysia yang berkhidmat di Amerika Syarikat dan Britain. Pendedahan yang dilakukan adalah berdasarkan fakta-fakta sahih yang dikaji oleh orang-orang Amerika sendiri yang hairan dan gusar dengan keadaan sosial yang melanda masyarakat mereka.

Kita sebagai rakyat Malaysia nampaknya masih terhegeh-hegeh mendewakan selebriti-selebriti Hollywood melalui pelbagai rancangan-rancangan hiburan. Kebodohan artis-artis Malaysia lebih menonjol apabila pemenang-pemenang Anugerah Skrin dipilih untuk melawat dunia Hollywood tidak lama dulu pada 19-26 Mac 2007. Inilah bukti orang-orang Islam yang menghambakan diri mereka kepada nafsu hiburan semata-mata.

Mujurlah ketika itu wartawan bernama HARTATI HASSAN BASRI dari Harian Metro bersikap agak rasional dan tidak terikut-ikut dengan sanjungan ke atas Hollywood. Hartati mengambil jalan yang betul dalam artikelnya yang bertajuk “Pembohongan Hollywood” yang mana beliau menjelaskan pengambaran hanya di lakukan dalam Universal Studios, Fox, CBS Paramount dan Warner Bros Studio VIP Tour.

Cuma ada sedikit komen dari penulis…

Iyelah mereka mempunyai modal yang besar dan canggih. Maksud canggih bukannya cari kampung orang, pinjam rumah dan buka kamera. MAksud canggih di sini ialah semua kerja-kerja yang dilakukan adalah dalam suatu kawasan di mana selebriti-selebriti boleh dipantau kehadiran dan disiplinnya.

Hartati mungkin tidak sedar apatah lagi Raja Hiburan Malaysia Datuk Farid Ridzuan bahawa mereka sedang berurusan dengan kelompok-kelompok Yahudi yang terkenal. Ini tak termasuk lagi Brtiney Spears, Harrison Ford dan Richard Gere yang memang anti-Islam cuma orang Islam sahaja yang kurang mengetahui.

Teori Dajjal Sebagai Perancang Konspirasi Yahudi Sudah Lama Wujud

Dengan tajuk yang agak panjang di atas, saya ingin menegaskan bahawa Muhammad Isa Dawud (Penulis/Wartawan) bukanlah orang pertama yang mempercayai bahawa Dajjal (Antichrist) merupakan perancang utama terhadap konspirasi Yahudi. Setiap apa yang dilakukan oleh Yahudi dalam gerak kerja mereka sejak dari zaman Nabi Musa hinggalah sekarang dipercayai dipengaruhi oleh seseorang yang amat berkuasa.

Muhammad Isa Dawud mula memperkenalkan teorinya tentang Dajjal mengatur segala konspirasi dunia pada tahun 1996. Teorinya itu diperkenalkan di dalam buku kontroversinya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”. Buku ini adalah terbitan Darul al-Basyir, Kaherah dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Hidayah (Indonesia) dan Pustaka Syuhada (Malaysia).

Namun demikian, 95 tahun sebelum Isa Dawud menulis buku tentang Dajjal, terdapat seorang cendekiawan dari Russia yang telah pun mengesyaki bahawa Dajjal adalah perancang utama konspirasi Yahudi. Cendekiwan yang sedar ini bernama Prof. Sergius A. Nilus yang hidup sezaman dengan Henry Ford ketika itu.



Prof. Sergey A. Nilus (Kiri), Buku pertama edisi Rusia (Kanan)



Hasil Kerja Prof. Nilus

Prof. Nilus menerbitkan buku yang bertajuk “The Great Within the Small” yang diterbitkan pada 1901 dalam bahasa Rusia. Hasil kerja Prof Nilus telah dibawa keluar dari Rusia oleh seorang rakannya yang bernama G. Butmi untuk disebarkan kepada masyarakat dunia. Senaskah daripadanya berjaya disimpan di Muzium British pada 10 Ogos 1906.





Dr. Theoder Herzl, Pengasas Pertubuhan Zionist Antarabangsa.



Buku karangan Prof. Nilus mengandungi himpunan-himpunan Protokol Pertubuhan Zionis yang mana pada zaman itu, organisasi Zionis masih dipimpin oleh pengasasnya iaitu Dr. Theoder Herzl. Apa yang mengejutkan ialah Prof. Nilus berjaya membawa keluar minit-minit mesyuarat kongres Zionis di Bassel yang diadakan paa tahun 1897.

Amat dipercayai bahawa, maklumat-maklumat yang dimiliki oleh Prof. Nilus adalah hasil kerjasamanya dengan seorang perisik Rusia yang bernama Miss Glinka. Beliau (Glinka) telah mengupah seorang pencuri yang bernama Joseph Schorst untuk mencuri dokumen-dokumen mesyuarat Zionis selepas kongres Zionis itu berlangsung. Sebenarnya Schorst juga seorang Yahudi tetapi dia tidak terikat dengan ideologi ekstrim Yahudi Zionist. Apa yang diketahui ialah Schorst adalah salah seorang ahli Mizrain Lodge di Paris.





Kongress Zionist di Bassel (atas)



Dipercayai juga bahawa, rakan Prof. Nilus iaitu Prof. Philip P. Stephanov juga memiliki dokumen protokol Yahudi itu. Stephanov telah mencetak dokumen tersebut lebih awal secara persendirian pada tahun 1897. Kemudian pada 1901, barulah Prof. Nilus menerbitkan dokumen tersebut dalam buku kontroversinya yang bertajuk “The Great Within the Small”. Bezanya ialah, dokumen protokol Yahudi yang diterbitkan oleh Prof. Nilus mengandungi ulasan-ulasan yang mistirius dan hanya dapat difahami oleh masyarakat Islam sedangkan beliau berada di Rusia ketika itu bukannya di negara Arab.

Pada Januari 1917, Nilus menerbitkan edisi kedua, tetapi tidak sempat kerana tercetusnya Revolusi Rusia pada Mac 1917. Perampas kuasa ketika itu, Kerenski (berbangsa Yahudi) telah mengarahkan Prof. Nilus ditangkap. Beliau dipenjarakan dan diseksa, malahan semua hasil karangannya dihapuskan. Ramai pengkaji mempercayai Kerenski adalah salah seorang ahli pertubuhan Yahudi sama ada Zionis atau Freemason.





Rejim Kerenski yang berjaya menguasai Rusia 1917. (atas)



Dengan kuasa tuhan, beberapa naskah Prof. Nilus berjaya di selamatkan dan diterbitkan di Jerman pada 1919, di Perancis dan Amerika pada 1920 dan di beberapa negara lain iaitu Arab, Itali dan Jepun.

Ulasan-Ulasan Aneh Prof. Nilus Tentang Raja Yahudi

Berikut di bawah ini adalah ulasan-ulasan aneh Prof. Nilus yang mana saya pecaya Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mengesyaki Dajjal sebagai perancang utama. Atau pun, Muhammad Isa Dawud sendiri telah mendapat ilham dari hasil ulasan Prof. Nilus. Wallahualam…

Ulasan Prof. Nilus dalam Bukunya “The Great Within the Small”

“….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai - tetapi sia-sia - malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh…..”

“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.”

“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) - makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”

“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi - kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan…..Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.”

Saya percaya bahawa Prof. Nilus seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Kristian dan beliau tidak meragui bahawa Dajjal (AntiChrist) itu wujud dan ada bersembunyi di sesuatu tempat yang rahsia. Saya juga percaya bahawa Prof. Nilus mengetahui semua perancangan rahsia Yahudi Zionis adalah diatur oleh Dajjal sendiri yang memberikan maklumat dari suatu tempat lain yang rahsia dan misteri.

Dan kemudian sehinggalah pada 1996, Muhammad Isa Dawud memecahkan kebuntuan Prof. Nilus (walaupun tidak disebut dalam karyanya) tentang tempat perancangan Dajjal tersebut. Muhammad Isa Dawud dengan hujah-hujahnya yang tersendiri dengan yakin menyatakan Dajjal sedang bersembunyi di Segitiga Bermuda.

Pembaca-pembaca yang telah membaca buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk, “Dajjal akan Muncul….” juga harus ingat bahawa Muhammad Isa Dawud ada menulis dalam bukunya seperti berikut, “….Dajjal melalui agen-agennya….” Perkataan tersebut diulang berkali-kali seolah-olah ingin memberitahu kita bahawa ada manusia-manusia Yahudi yang mengetahui Raja mereka sedang bersembunyi di suatu tempat yang misterius dan hanya menunggu masa untuk keluar.

Saya secara peribadi bersyukur dengan terbitnya buku Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal itu kerana ia telah merungkai dan membuktikan kebenaran beberapa ulasan-ulasan penyiasat konspirasi Yahudi sebelumnya seperti Henry Ford, Victor E. Marshden dan Prof Nilus sendiri.

Namun begitu, kesemua hipotesis-hipotesis di atas sangat abstrak untuk difikirkan secara logik oleh kebanyakan masyrakat. Oleh itu, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk menilai dan mencari maklumat yang sebenarnya.

Wassalam…

Rujukan

Buku-buku Marshden edisi Amerika, 1937 (kiri), edisi Brazil 1937 (Tengah), edisi Poland 1943 (Kanan)

Victor E. Marsden, The Protocols of the Meetings of the Learned Elders of Zion, 1923 (pembaca digalakkan membaca buku ini)

Sergius A. Nilus The Great Within the Small“, 1901 (Terjemahan Inggeris)