Showing posts with label dajjal. Show all posts
Showing posts with label dajjal. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Adakah Dajjal Penghidap Sindrom HUNTER?




Sebelum ini saya ada menerangkan tentang kajian saya mengenai berkemungkinan Dajjal itu berasal dari suku Ashkenazi. Kali ini saya cuba menjangkau teori saya itu ke arah lebih spesifik iaitu rupa bentuknya.

AMARAN : Teori ini hanya sekadar teori, jangan terlalu berpegang kepadanya. Saya memohon agar para pembaca membacanya sekadar pengetahuan sahaja.


Adakah Dajjal Penghidap Penyakit Hunter?

Teori ini agak keterlaluan jika didengar kerana Rasulullah SAW tidak pernah langsung menyatakan Dajjal mengidap sebarang penyakit. Namun kita harus ingat, baginda meninggalkan satu klu (kata kunci) untuk menjelaskan bahawa Dajjal itu mempunyai penyakit yang kronik (pada pengkajian saya).

Apakah klu tersebut? Klu tersebut boleh dilihat pada hadith di bawah:

Sabda Rasulullah SAW;

”Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”

(Riwayat oleh At-Tarmizi)

Huraian klu :

Hadith di atas menjelaskan setelah 30 tahun berkahwin barulah ibu bapanya beroleh anak. Dari segi ilmu perubatan, anak yang dikandung oleh wanita yang sudah berusia berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit genetik.

Risiko Hamil Di Lewat Usia

Jika merujuk kepada hadith di atas, Rasulullah SAW mengkhabarkan ibu Dajjal melahirkannya pada usia yang lewat. Untuk menyimpulkan teori rupa bentuk Dajjal ini, kita buat andaian ibu bapanya berkahwin pada usia 20 tahun.

Hadith mengatakan setelah 30 tahun berkahwin barulah mereka beroleh anak. Jadi andaian yang boleh dibuat ialah ibu Dajjal mengandungkannya pada usia 50-an.

Ilmu perubatan moden mengatakan bahawa wanita yang hamil pada usia melebihi 35 tahun berisiko mendapat kandungan bermasalah. Kandungan berisiko mendapat masalah Down Sindrome.

Apakah Down Sindrome?

Simpton pesakit Down Sindrome hampir sama dengan Sindrom Hunter cuma pesakit Down Sindrome lebih lanjut usia dan ‘rupa fizikal’ mereka lebih baik daripada rupa fizikal penghidap Sindrom Hunter.

Permasalahan Down Sindrome tidak dapat saya kaitkan dengan Dajjal kerana masalah Down Sindrome dihadapi oleh semua masyarakat dunia. Manakala Sindrom Hunter pula lebih menarik untuk dikaji kerana ia hanya menyerang masyarakat Yahudi Ashkenazi.

Apakah Sindrom Hunter?

Nama asal sindorm ini ialah Mucolipidosis IV, ia digelar Sindrom Hunter kerana penyakit genetik ini mula-mula dikenalpasti oleh seorang doktor terkenal iaitu Charles A. Hunter (1873-1955), beliau mula mengkaji secara terperinci pada 1917.

Charles A. Hunter mulanya seorang ahli Fizik, dilahirkan di Scotland. Selepas menjadi doktor, Hunter berhijrah ke Kanada dan mula bekerja sebagai pengamal perubatan di Winnipeg, Manitoba.

Sindrom ini dikenalpasti Hunter sebagai dibawa oleh majoriti wanita-wanita Yahudi dari suku Ashkenazi. Disebabkan itu, penyakit genetik ini lebih cenderung atau majoritinya menyerang kebanyakan golongan lelaki Ashkenazi.

(lihat dalam laman web Albert Enstein Healthcare Network)

Ciri-Ciri Fizikal Dajjal Menurut Hadith

Berikut ialah ciric-ciri fizikal Dajjal seperti yang diterangkan dalam hadith;

“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”

(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)

“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)

Penyakit Genetik Bangsa Yahudi Ashkenazi

Berikut di bawah adalah senarai penyakit genetik yang diturunkan Allah SWT ke atas bangsa Yahudi Ashkenazi.

1. Bloom’s Syndrome
2. Canavan Disease
3. Cystic Fibrosis
4. Factor XI Deficiency
5. Familial Dysautonomia (Riley-Day syndrome)
6. Fanconi Anemia
7. Gaucher Disease
8. Mucolipidosis IV
9. Niemann-Pick Disease
10. Non-Classical Adrenal Hyperplasia
11. Nonsyndromic Hearing Loss
12. Tay-Sachs Disease
13. Torsion Dystonia

Amat menghairankan mengapa simptom-simptom dari Sindrom Hunter ini hampir bersamaan dengan tanda-tanda yang diberitahu dalam hadith. Mungkinkah sindrom ini telah lama wujud tetapi tiada pengkajian yang teliti untuk mentafsirkannya.

Adakah Ibu Dajjal Pembawa Sindrom Hunter?

Sabda Rasulullah SAW;

“Ayahnya seorang lelaki bertubuh tinggi, berdaging tidak teratur, berhidung panjang seolah-olah hidungnya adalah paruh burung. Ibunya adalah seorang wanita berbadan besar, bertangan panjang dan berpayu dara besar.”

(Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Bakar dari Tarmizi dari Hammand Bin Salamah)

Jika berhujah berasaskan teori rambang ini, saya akan berkatakan YA. Berdasarkan hadith yang disebutkan di atas, ibu Dajjal mempunyai tiga (3) ciri-ciri jelas fizikal.

Gambar di bawah menunjukkan 2 orang perempuan dewasa penghidap Sindrom Hunter.






Gambar di bawah menunjukkan 2 orang perempuan dewasa penghidap Sindrom Hunter.



Kesimpulan

Adakah suku Yahudi lain juga mendapat bala penyakit daripada Allah? Ya, suku Yahudi yang lain juga mendapat penyakit genetik. Namun, penyakit-penyakit yang dihidapi tidak ketara dalam bentuk fizikal seperti suku Ashkenazi.

Teori sama ada Dajjal itu menghidap Sindrom Hunter atau tidak mungkin terlalu spesifik. Dan saya mengharapkan para pembaca tidak berpegang pada teori yang masih samar-samar ini. Kajian ini hanyalah sekadar mencari bukti-bukti berbentuk fakta untuk melihat kebenaran hadith-hadith Rasulullah SAW.

Wallahu’alam…

Gambar-Gambar Pesakit Sindrom Hunter


Nano Robot Dan Projek L.U.C.I.D





Bagi menguasai pemikiran manusia pada jarak jauh, Dajjal melalui agen-agennya telah memperkenalkan sejenis robot paling kecil di dunia yang diberi nama Nano Robot. Saiz robot ini bukanlah sebesar kotak rokok tetapi lebih kecil daripada bakteria. Anda kurang percaya?

Teknologi ini telah pun dikenalpasti dibangunkan oleh jurutera-jurutera Hitachi Corp. Namun begitu, perkembangannya tidak dapat dihalang dan sekarang ini boleh dikatakan hampir semua syarikat sama ada kecil atau besar meneroka teknologi baru ini. Cuma apa yang membimbangkan ialah ada beberapa syarikat gergasi antarabangsa meneroka teknologi ini untuk kegunaan pihak Illuminati bagi mencapai matlamat New World Order.




(Gambar) Editor majalah Popular Science mengatakan nanorobot sebagai “Incredible shrinking doctors”.


Sebelum membangunnya teknologi nano robot, suatu pra-teknologi untuk nano robot telah pun dihasilkan iaitu Nano Transistor. Teknologi nano transistor mula dibangunkan oleh pakar-pakar saintis dari Korea yang mana telah berjaya menukar mitos sains fiksyen ke dalam dunia sains teknologi sebenarnya. Tidak lama kemudian, saiz robot telah berjaya dikecilkan lagi dari bentuk transistor kepada bentuk sel nano.

Menurut Dr. Eric Drexton, “… nanomachines, or biological robots, injected in human bodies, can be programmed to recognize and kill cells,” . Ini bermakna secara tidak langsung ia boleh mengikut saliran darah ke otak dan membentuk suatu arahan dalaman kepada otak seseorang mengikut fail-fail yang di muat naik (upload) ke dalam robot tersebut.



Kenyataan Dr. Eric disokong oleh pakar elektronik dari Hewlett Packard Corp. iaitu Phil Kuekes. Beliau mengatakan, “Intelligent nano-scale devices will, in a few years, be injected into the human body,”. Sekarang nyatalah kawalan ke atas masyarakat tidak hanya melalui dasar-dasar kerajaan dan undang-undang tetapi juga melalui kawalan pemikiran yang siap dirancang.

Ciri-Ciri Nano Robot

* Saiznya 50,000 kali lebih kecil dari saiz rambut
* Lebih kecil dari bakteria
* Mempunyai ingatan terbina dalam (built-in memory 126kb)
* Pergerakannya berasaskan frekuansi ELF
* Central Processing Unit (CPU) dikeluarkan oleh Hitachi Corp.

Kelebihan Nano Robot

Robot ini berupaya membunuh sel-sel darah putih melalui operasi cengakamannya. Misi robot nano ini ialah memastikan individu yang telah disuntik mengikut arahan yang diberikan. Jika sekiranya gagal, maka robot nano ini akan diarahkan oleh pusat kawalan untuk menyerang bahagian jantung atau paru-paru. Akibatnya, individu yang menjadi mangsa tersebut akan mati seolah-olah terkena serangan jantung atau sesak nafas.

Proses Penyebaran Nano Robot

Oleh kerana terlalu kecil, maka keupayaannya amat tinggi. Nano Robot boleh diletakkan di merata-rata tempat sama ada di atas wang kertas, badan manusia atau apa-apa sahaja. Projek yang dibangunkan oleh pihak Illuminati ini membuat suatu ujikaji dengan memasukkannya ke dalam botol vaksin. Tujuannya adalah untuk memastikan vaksin yang disuntik akan turut serta memasukkan Nano Robot ke dalam saluran darah seseorang.

Untuk melaksanakan matlamat ini, jurutera-jurutera komputer Illuminati akan memasukkan fail-fail berkaitan tingkahlaku yang dirancang, misalnya ‘Operasi bunuh diri’ ke dalam memori nano robot yang beribu-ribu bilangannya. Selepas itu, robot-robot dimasukkan pula bersama ubat-ubat vaksin pencegah penyakit yang biasa diambil masyarakat, contohnya vaksin cacar atau demam campak.

Apa Yang Perlu Kita Bimbang?

Kita bimbang, kejadian bom berani mati yang berlaku di Iraq adalah berpunca dari suntikan-suntikan yang diberikan oleh pihak palang merah PBB. Kita juga bimbang, bahawa semua botol-botol vaksin yang mengandungi nano robot yang telah diprogramkan itu sampai kepada masyarakat kita di Asia melalui pengimport-pengimport ubat tempatan.

Kita juga bimbang robot-robot tersebut dimasukkan ke dalam rokok-rokok yang terjual dalam negara kita. Ini kerana, 90 peratus penjenayah yang ditahan polis di seluruh dunia adalah dikalangan mereka yang merokok. Dan yang paling membimbangkan adalah CEO Syarikat Rokok Antarabangsa iaitu Benson & Hedges sendiri tidak menghisap rokok, seolah-olah beliau tahu apa yang terkandung di dalamnya.

Dan yang paling kita bimbang ialah kemungkinan pemimpin-pemimpin Islam yang dijemput menghadiri makan malam (dinner) di White House telah diberikan nano robot melalui makanan hidangan mereka. Ini kerana, ketua tukang masak untuk keluarga presiden di White House ialah seorang Rabbi Yahudi.

Perancangan Dajjal untuk menguasai manusia melalu penggunaan nano robot ini dipanggil Project L.U.C.I.D atau The Beast 666 Universal Human Control System.

Wallahu’alam.

Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia?

Tajuk Asli : Allazina Sakanu al-Ardha QablanaPengarang : Muhammad Isa Dawud

Penterjemah : Irwan Kurniawan (Bahasa Indonesia), Mukhtar Yusuf (Bahasa Malaysia)

Terbitan : Pustaka Hidayah (Indonesia), Pustaka Syuhada (Malaysia)

Ulasan oleh : Ibnuyaacob

Pendahuluan

Assalamu’alaikum,

Kurnian Allah SWT yang mencukupkan diriku dengan pancaindera anugerah-Nya, moga aku sentiasa bersyukur dan sentiasa tergolong dalam golongan mukmin yang bersyukur dengan pemberian-Nya. Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk dan silap itu adalah dari kelemahan diriku sendiri.

Menurut penerbit, buku ini adalah karya terbaru selepas buku “Dialog Dengan Jin Islam” dan “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”.

Buku yang bertajuk di atas sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di kedai-kedai buku di Indonesia dan 1997 barulah di terbitkan di Malaysia dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya dalam buku ini. Barangsiapa yang berlegar-legar di kedai buku dan terpandang tajuknya, pasti akan terus membelinya.

Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh ilmiah itu. Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas. Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan bukunya dengan majalah tabloid Mastika dan Variasari.

Kali ini penulis akan mengulas berkenaan bukunya yang bertajuk SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA? Walaupun isi kandungan ini tidak mengisahkan hal-ehwal Dajjal yang menjadi intipati utama blog ini, namun isi kandungannya terdapat maklumat-maklumat tersembunyi yang pada pandangan penulis merupakan kunci kepada identiti Dajjal.

Di bawah ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai peminat tulisan Muhammad Isa Dawud. Sekiranya para pembaca sekelian kurang bersetuju, tidak mengapa. Ianya cuma sekadar perkongsian ilmu penulis yang sedikit ini dalam mentafsir pemikiran orang yang lebih bijak dan lebih berpengalaman dalam hal ehwal antropologi dan sosiologi.

Persoalan-Persoalan Utama

Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-

1. Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.
2. Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.
3. Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.
4. Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.
5. Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.
6. Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari peperangan.
7. Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.
8. Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.
9. Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.
10. Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak, manuskrip-manuskrip kuno, al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.

Ulasan Mengikut Topik

Kita, Sebelum Membicarakan Mereka (ms 1-36)

Topik ini dimulakan dengan ungkapan berikut

Dilahirkan….letih…kemudian mati

Dilahirkan….kini letih…..dan belum mati…. namun pasti akan mati

Isa Dawud menyatakan bahawa itulah ringkasan hidupnya. Ya, samalah dengan penulis sendiri dan para pembaca sekalian. Memang kita letih bekerja, belajar dan beribadat dan semua itu akan menghala kepada satu matlamat iaitu ‘kematian’.




(Gambar) Anatoli Francis (1844-1924) , Ashley Montagu (1905-1999)

Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernama Zemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“. Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu.

Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagu mengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) di Sungai Tigris dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?

Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia” pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain pada mukasurat 14.

Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris, Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan.

MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian) dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

Isi-Isi Penting Topik

* Di sini dapat disimpulkan bahawa adanya kehidupan lain sebelum manusia berdasarkan fakta dari Taurat dan penemuan tulisan-tulisan kuno oleh para arkeologi.
* Terdapat penyelewengan fakta tahun dan nama dalam salasilah Adam hingga Nuh daripada Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

Pembodohan Pembahasan Tentang Bahtera Noh (ms 36-52)

Sub-topik ini membicarakan sepenuhnya pembohongan orang-orang Yahudi yang cuba menyatakan kebenaran Taurat palsu mereka mengenai tempat sebenar bahtera Nuh mendarat. MID mengupas fakta-fakta yang dikemukakan oleh John Leiby yang yakin bahawa bahtera Nuh terdampar di Gunung Ararat, Timur Turki.







(Gambar) Ekspedisi mencari bahtera Nuh di Gunung Ararat.


MID juga menegaskan orang Yahudi sanggup melalukan ekspedisi untuk membuktikan bahawa kenyataan Taurat mereka adalah benar (walaupun mereka tahu ianya palsu belaka). MID memberikan contoh ekspedisi yang dilakukan oleh Frederick Barot dari Jerman yang melakukan pendakian di sebuah gunung di Armenia.



(Gambar) Gunung Armenia yang dikatakan terdamparnya bahtera Nabi Nuh.



Selain itu, terdapat ekspedisi lain iaitu oleh Gordon Gaskeil, Christian Herald dan George Jefferson Green. Kesemua mereka cuba membenarkan perkara yang palsu.

Seperti biasa, perbahasan tentang Nuh di bawah topik ini terhenti pada mukasurat 46. MID menamatkan perbincangan bahtera Nuh dengan menghuraikan dengan panjang lebar tentang kepalsuan fakta-fakta Taurat. Kemudian perbincangan itu diselitkan secara tidak langsung tentang makhluk-makhluk aneh sebelum kedatangan Adam.

Isi-Isi Penting Topik Ini

* Hampir kesemua fakta-fakta yang dikemukan oleh pengkaji Yahudi tidak boleh dipercayai terutamanya berkisarkan bahtera Nabi Nuh.
* MID mendedahkan bahawa kita perlu berhat-hati dalam meneliti setiap ekspedisi yang dilakukan oleh pengkaji barat tentang peninggalan-peninggalan para nabi.
* Penulis sendiri dengan yakin ingin mengatakan bahawa ekspedisi ini banyak difilemkan khususnya dalam rencana Discovery Channel dan National Geographic.
* Kesimpulannya, fakta-fakta bahtera Nuh dari kedua-dua siaran (channel) ini tidak semuanya boleh dipercayai.

Kenyataan-Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradiksi-Kontradiksi Dalam Injil (ms 53-90)

Di dalam topik ini penulis amat tertarik dan masygul kenyataan berikut :

“…..Al-Quran Al-Karim adalah kitab pertama yang dikenal manusia, yang mengkaji tingkatan-tingkatan lapisan bumi, menyingkapkan ketersembunyiannya melalui penggalian-penggalian dan peninggalan-peninggalan di perut bumi. Itu adalah kajian yang sekarang disebut, Geochronologic Study. Kerana kita sebagai manusia tidak menyaksikanpenciptaan bumi dan penciptaan diri kita sendiri. Allah SWT membukakan untuk kita pintu kajian hakikat-hakikat ini tempat kita hidup dan melimpahinya. Dan kita merupakan bahagian daripadanya, agar kita melihat, belajar dan memahami…”

Isi-Isi Penting

* Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh Allah SWT. Tinggal hanya untuk umat Islam mencar dan membahaskannya dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi, geografi, biologi dan matereologi.
* Penentuan jarak masa antara Adam dan Nabi Isa tidak kurang dari 10 juta tahun. Penentuan masa ini dibahas berdasarkan pendapat beberapa tokoh iatu Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman.
* MID dalam membincangkan umur manusia tertua seperti biasa memasukkan unsur-unsur sains dalam perbincangannya. Dalam topik ini, MID menjelaskan bagaimana atom-atom proton, eon dan neutron digunakan bagi menentukan umur terhadap fosil-fosil yang dijumpai. Perbahasan kaedah saintifik ini agak panjang iaitu dari mukasurat 65 hingga 73.
* MID juga menjelaskan kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucas dan Injil Mathew dalam membincangkan soal umur manusia tertua.
* Selain itu, kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.

Lima Juta Tahun Sebelum Adam (ms 91-109)

* Terdapat penemuan fosil-fosil yang membuktikan adanya kehidupan sebelum turunnya Adam. Fosil-fosil itu bukanlah dinasour tetapi makhluk seperti manusia cuma ianya mempunyai banyak tangan, sayap dan perbezaan pada beberapa anggota tubuh yang lain.
* MID juga menyelitkan perbincangan mengenai kisah-kisah individu yang pernah terserempak dengan makhluk aneh dan juga menghadapi situasi dalam dimensi lain. Contohnya, kisah Leinigh Herbert, Blatsber, William Morrow, Charles Thomas, Ashley Montagu dan Alfred Kroeber.
* Perbincangan terpenting adalah pada rahsia firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;

“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“

* MID menegaskan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
* Akhir topik ini MID cuba membuka permasalahan Jin dengan menjelaskan kehidupan-kehidupan masyarakat jin yang engkar dalam melaksanakan syariat. Kemudian kisah keengganan Iblis sujud kepada Adam.

Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turun Adam (ms 117-140)

* MID membuka persoalan tentang keadaan bumi yang sebenarnya sebelum Adam turun. Menurutnya ijtihadnya, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.
* Beberapa manuskrip dari Sweeden dijadikan bukti walaupun masih dalam perdebatan para cendekiawan. Perbincangan juga terarah kepada bentuk-bentuk muka bumi di negara-negara Skandinavia terutamanya negara Sweeden dan Norway.
* Perbincangan terhenti seketika apabila MID mengetengahkan buku yang dikarang oleh Von Deikin berkenaan kenderaan dewa-dewa. MID menyatakan rasa tidak setujunya dengan buku Von Deikin yang dianggap bercampuran perkara-perkara mitos.
* Kemudian perbincangan diteruskan dengan merungkai permasalahan jin. MID membahaskan tentang kemampuan fizikal jin menurut bukti-bukti dari al-Quran.
* Perbincangan diakhiri dengan mengulas buku karangan Dr. Jamaluddin Muhammad Musa yang bertajuk “Perang Nuklear Yang Akan Datang“.

Adam Dan Hawa Di Atas Potongan Benda Yang Terbang Dari Syurga (ms 141-162)

* Perbincangan topik ini dimulakan dengan mengisahkan pengembaraan seorang arab bernama Harith bin Syadid yang ingin mencari datuknya di Zimbabwe. Dalam pengembaraan itu cuba mengungkap kisah lagenda yang mengatakan adanya kehidupan misteri di sebuah kota lama.
* MID juga mengulas dengan panjang buku karangan Van K.Razanhover yang bertajuk “Sebelum Manusia Datang Ke Bumi”. Buku ini membahas tentang keyakinan penulis tersebut bahawa sejarah manusia bermula dari Belanda berdasarkan penemuan-penemuan batu-batu kuno.
* Perbincangan paling menarik adalah pada mukasurat 149 yang mengutarakan pemikiran Ibnu Qayyim dalam kitabnya yang bertajuk “Hadiy al-Arwah Ila Bilad al-Afrah“. Ibnu Qayyim membahas secara kontroversi apakah syurga (seperti yang disebutkan dalam al-Quran) yang diduduki Adam dan Hawa sebelum turun ke bumi adalah syurga hakiki atau syurga planet lain?
* Perbincangan ini amat menarik dimana diambil beberapa bukti dan tafsiran dari beberapa surah yang berkaitan seperti surah al-A’raf dan An-Nabaa’.
* MID meneruskan perbincangannya berkenaan planet-planet dari luar bumi dengan mengulas kisah seorang lelaki misteri yang memberikan hasil kajiannya kepada seorang pembentang kertas kerja di bandar Bonn, Jerman.

Misteri Di Danau Kematian Dan Api Yang Besar Dan Misteri Terbesar Bersama Setiap Batu Atau Peninggalan (ms 163-184)




(Gambar) Gunung Berapi St. Helen, Montana, Amerika Syarikat.

* Perbincangan dimulakan dengan menghuraikan misteri Gunung Berapi Saint Helen di Montana, Amerika Syarikat.
* Huraian misteri gunung berapi ini kemudian diakhiri dengan ulasan tentang sejarah penemuan negara Amerika dan asal usul namanya sekali.
* Kemudian, perbincangan yang panjang-lebar telah ditumpukan pada sejarah kuno negara Australia melalui lagenda-lagenda yang dituturkan oleh suku-suku orang asli di sana seperti Aborigin, Arunta, Warra Munga, Binbinga dan Kamiliol.



(Kiri) Orang asli Aborigin dan (Kanan) Orang Asli Warramunga, dari Australia


* Perbahasan tentang negara Australia diketengahkan kerana Muhammad Isa Dawud cuba membuka persoalan berkemungkinan bahawa negara Australia yang seperti pulau besar itu adalah bongkahan dari jatuhan serpihan-serpihan planet lain.
* Muhammad Isa Dawud kemudian membongkar pula bukti-bukti dari lagenda-lagenda di Peru, Amerika Selatan. Perbahasan mengenai Peru tertumpu kepada misteri bentuk-bentuk fizikal tempat-tempat ibadatnya. Bukti-bukti penemuan ahli paleantologi mengenai lembah-lembah di Peru juga dibahaskan dengan panjang.




(Gambar) Gambar kuno di batu-batu di Peru yang dijumpai



(Gambar) Gambar kuil kuno dari pandangan udara di Peru




(Gambar) Kuil kuno di Peru yang berjaya ditemui ahli arkeologi.


* MID menyimpulkan di akhir topik ini bahawa penemuan-penemuan dan misteri di Montana, Australia dan Peru itu masih belum ada jawapannya.

Api Aneh Di Bumi Aneh Tidak Ada Kehidupan Di Bumi Kita Yang Datang Dari Planet Lain (ms 185-212)

* MID memulakan topik ini dengan mengisahkan dengan panjang lebar berkenaan seseorang yang ‘aneh‘ yang datang ke kota London. Orang aneh tersebut telah bekerja di sebuah ladang yang besar. Sebuah peristiwa aneh telah berlaku di ladang itu dan penjaganya. Perisitiwa itu disaksikan sendiri oleh tuan punya ladang yang kemudiaanya telah dianggap gila orang masyarakat setempat kerana menuturkan tentang ‘daerah makhluk asing’.
* Perbincangan diteruskan dengan menghuraikan kisah kedua iaitu berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang terjatuh ke alam lain di sungai berdekatan rumahnya.
* Budak perempuan yang bernama Karen itu telah mengalami satu pengalaman mengembara ke alam lain (dimensi kelima) yang tidak disengajakannya.
* Kanak-kanak itu mengisahkan kepada keluargaya bahawa dia telah melihat suatu peradaban yang lebih maju tetapi hampir musnah.
* Malah Karen juga berbicara dan berjalan bersama-sama makhluk di alam misteri itu. Namun percakapannya tidak dipercayai kerana ia masih kanak-kanak. Sehinggalah dewasa, budak perempuan itu membukukan kisah misterinya.

Tetaplah Mada’in Salleh Sebuah Misteri Dan Tanda Bagi Yang Bertanya (ms 213-242)

* Topik ini membicarakan dua hujah dari dua orang penulis, yang pertamanya seorang dari Sweeden iaitu F.N. Mubirg dan seorang lagi penulis Muslim iatu Abd Hamid Murdad. Kedua-dua penulis itu membicarakan misteri bagi tempat dan kaum yang sama iaitu kaum Tsamud, ‘Ad dan daerah Mada’in Salleh di Semenanjung Arab cumanya berbeza dari segi pendapat dan hipotesis.




(Gambar) Peninggalan kaum Ad & Tsamud di Madain Saleh


* Pertamanya Muhammad Isa Dawud membentangkan hasil tulisan F.N. Mubirg yang mengambil kisah dari seorang pengembara zaman Viking Kuno. Pengembara itu menceritakan pengalamannya melihat tempat-tempat di kawasan Timur Tengah yang menunjukkan adanya peradaban yang maju dengan bangunan-bangunan yang tinggi.
* Pengembara itu juga melalui manuskripnya mengisahkan bagaimana nenek moyangnya yang berkerja sebagai perompak telah terdampar di suatu tempat yang agak aneh. Bangunannya dari logam dan mempunyai kapal-kapal yang dapat terbang ke udara tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
* Bahagian kedua pula MID membentangkan sebahagian kisah yang dipetik dari buku bertajuk Madain Saleh, Tilka Al’A'jubah karangan Muhammad Abd Hamid Murdad. Penulis buku ini mengisahkan pengalamannya melawat lembah Mu’azam, Gunung Al-Hiwar dan Al-Hijr. Tempat-tempat ini adalah peninggalan peradaban kuno kaum Tsamud yang dilaknat Allah SWT.
* Muhammad Abd Hami Murdad juga menceritakan legena-lagenda fiksyen yang menjadi pegangan kaum-kaum Badwi yang tinggal di kawasan-kawasan itu. Menurut beliau lagi terdapat pelbagai mitos yang direka-reka kaum Badwi terutamanya bagi kawasan Wadi Al-Anbiya, Wadi Ar-Rajiim, Gunung Bakrah, Gunung Al-Ibrah, Gunung Al-Muruuj dan Lembah Al-Mazham serta Madain Salleh.
* Akhir sekali, Muhammad Isa Dawud menyimpulkan bahawa dia sendiri bersetuju dengan penulisan penulis barat dan muslim itu tentang peradaban-peradaban yang wujud di Madain Salleh. Menurutnya lagi, peradaban itu telah pun diberitakan dengan jelasnya dalam kitab yang paling dipercayai iaitu Al-Quran.

Mungkin Ada Penghuni Marikh Tetapi Inilah Kenyataannya (ms 243-257)

* Topik akhir ini Muhammad Isa Dawud mulakan (seperti topik sebelumnya) dengan ulasan terhadap buku bertajuk Di Tepian Alam Semesta, karangan Carter F. Washington.
* Buku Carter ini membincangkan penemuan terhadap kerangka-kerangka makhluk kuno yang membuktikan wujudnya kehidupan sebelum turunnya Adam. Dalam perbahasannya, Carter dengan tegas mengatakan huruf-huruf Latin dimulakan oleh makhluk-makhluk ini.
* Beliau juga dengan yakin menegaskan peradaban di bumi adalah berpunca dari peradaban yang wujud dari planet-planet lain.
* Seorang ahli astronomi bernama Liwel. Penyelidik ini telah membangunkan teleskop bintangnya sendiri untuk mengkaji keadaan-keadaan di planet Marikh.
* MID mengakhiri perbahasannya dengan mengetengahkan suatu kesimpulan yang ringkas tetapi menarik dan kukuh (pada pandangan penulis). Kesimpulannya ialah ;


“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”



Fakta-Fakta Menarik Yang Perlu Direnungkan dan Dibahaskan

1. Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
2. Kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion
3. Persoalan yang dibangkitkan oleh Ibnu Qayyim iaitu adakah Adam, Hawa dan Iblis berada bukan di syurga sebenar tetapi syurga dari planet lain yang hampir sama indahnya dengan syurga sebenar.
4. Malaikat mengetahui telah adanya peradaban yang moden sebelum Adam berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“
5. Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengeja mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Pandangan Penulis

Saya lebih tertarik dengan fakta kelima (5) iaitu penghijrahan Nabi Musa dan Bani Israel. Selepas membaca kenyataan Muhammad Isa Dawud tentang lagenda itu, tiada lain yang saya fikirkan iaitu adakah sebahagian orang Bani Israel yang melihat gambar-gambar itu di dasar Sungai Nil adalah termasuk Samiri yakni Dajjal (mengikut teori Isa Dawud). Jika Samiri adalah salah eorang individu yang melihat gambar-gambar itu, maka tidak syak lagi bahawa dia kelak akan cuba mendapatkan bantuan jin dalam mencari teknologi-teknologi baru. Kita sedia maklum bahawa Dajjal dikurniakan Allah pemikiran yang pantas dan genius. Maka sudah pasti Samiri (Dajjal) itu mengetahui peradaban itu ialah peradaban bangsa Jin. Ini hanyalah teori sahaja yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Hanya Allah jualah yang mengetahui segala.

Beberapa Kelemahan Yang Dikenalpasti

* Bahasa yang diterjemah ke Bahasa Malaysia kurang tepat walaupun dilakukan oleh orang Malaysia, masih terdapat beberapa perkataan Indonesia yang tidak diterjemahkan. Ini mungkin menganggu kekusyukan membaca dikalangan pembaca Malaysia.
* Agak mengecewakan pihak penerbitan Pustaka Syuhada (Malaysia) tidak menterjemah sendiri dari buku asli dalam bahasa Arab. Terjemahan atas terjemahan akan merosakkan beberapa ayat dan cara persembahan asal penulis buku tersebut.
* Font editing kurang kemas dimana perbezaan huruf tidak dibuat pada sebahagian ayat-ayat al-Quran, hadith dan pandangan penulis buku. Sebaiknya dialog, hadith dan pernyataan penulis di asingkan dalam perenggan (paragraph) lain.

Namun demikian usaha pihak Pustaka Syuhada menerbitkan tulisan Muhammd Isa Dawud amatlah dihargai. Mudah-mudahan pihak penerbit (Pustaka Syuhada) dapat membaiki kelemahan-kelemahan ini disamping menerbitkan lebih banyak lagi karangan-karangan ilmiah para penulis Arab di lain masa. InsyaAllah…

Untuk pembaca Indonesia, Singapura, Malawi, Brunei dan Bangladesh;

(Ulasan di atas adalah berdasarkan buku Muhammad Isa Dawud versi Bahasa Malaysia, kemungkinan pernyataan dan mukasurat terdapat sedikit perbezaan-Ibnuyaacob)

Teori Penyelidik Barat Tentang Tanda KAFIR Dajjal


Seorang bekas Pegawai Kanan Tentera Laut Amerika, iaitu Texe Marrs telah membuat suatu kajian mengenai hadith Rasulullah SAW yang berikut;

1. Dari Annas berkata Rasulullah;

“…Ketahuilah sesungguhnya dia (Dajjal) buta sebelah sedangkan Rabb kalian tidak buta.Dan sesungguhnya diantara kedua matanya tertulis KAFIR”.
(HR.Bukhari)

2. Dalam riwayat lain disebutkan :

“…Kemudian mengejanya (Kaf , Fa , Ra) semua Muslim dapat membacanya.”

(HR.Muslim dalam shahihnya kitab Fitan (18/59-SyarhImam Nawawi)

Menurut kajian Marrs, KAFIR yang dimaksudkan Rasulullah adalah suatu simbolik dan perlu diteliti dengan mendalam. Marrs berpendapat KAFIR yang dimaksudkan adalah pertubuhan CFR yang diasaskan pada 1921 di Washington, Amerika Syarikat. Marrs juga amat yakin dengan kajiannya kerana dia juga adalah bekas pegawai kanan tentera Amerika dan telah melihat pelbagai perancangan-perancangan rahsia kerajaan Amerika.


Logo pertubuhan CFR

Marrs telah membuat soal-selidik dalam webnya dengan meletakkan soalan berkenaan Dajjal ini seperti berikut:

15. In the Islamic religion the antichrist is said to be a one-eyed lying false Christ with what letters marked on his forehead?
A. D-E-V-I-L B. C.F.R. C. J-E-S-U-S D. M-O-S-E-S

Jawapannya : B

Berikut adalah keserasian huruf Kaf…Faa..Ra… dengan CFR.

Kaaf (Arab) = C (Inggeris) - dalam Inggeris konsonan “C” berbunyi seperti “K” apabila dibaca

Faa (Arab) = F (Inggeris) - vokal huruf Faa sama dengan Inggeris huruf ‘F’

Raa (Arab) = R (Inggeris) - vokal huruf ‘Raa’ sama dengan vokal Inggeris huruf ‘R’

Maka, KaFiR = CFR

Mengapa CFR dan Apakah CFR itu ?



(Gambar) Richard N. Haas, Presiden CFR, berbangsa Yahudi

CFR adalah singkatan daripada Council on Foreign Relationship yang beribu pejabat di Washington, Amerika Syarikat. Pertubuhan CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Pertubuhan ini adalah pertubuhan NGO orang-orang Yahudi terbesar yang berselindung disebalik matlamat kebajikan masyarakat.

Apa yang menyebabkan Texe Marrs mengatakan CFR adalah tanda Dajjal (antichrist)? Marrs amat yakin dengan kajiannya kerana semua ahli-ahli CFR adalah terdiri daripada presiden-presiden Amerika sejak 1920-an hingga sekarang. Selain itu, ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild.

Semenjak penubuhan CFR pada 1921, dilihat dasar luar Amerika mula berubah. Antaranya ialah menyokong penubuhan negara Israel, membantu perpindahan masyarakat Yahudi ke Israel, penindasan Palestin, perang dunia kedua dan sebagainya.

Hatta, PBB juga ditubuhkan oleh ahli-ahli CFR yang berjawatan penting dalam kementerian eksekutif di Amerika. Dan perkara yang paling disyaki ialah sebelum berlakunya sesuatu peperangan ahli-ahli CFR akan bermesyuarat secara sulit di hotel-hotel terkemuka milik orang-orang Yahudi.

Perkara ini dapat dilihat pada beberapa hari sebelum tercetusnya Perang Iran-Iraq, Perang Teluk 1991, Perang Afghanistan, Perang Iraq dan terbaru ialah perang menentang Iran yang sedang di rancang.

CFR disyaki sebagai bayangan kepada pertubuhan Illuminati. Untuk mengkaburi mata masyarakat, CFR berkempen mempamerkan sifat kebajikannya terhadap isu-isu antarabangsa. Perkara-perkara ini, anda boleh baca di laman web rasminya .

Di laman ini anda akan melihat bagaimana artikel-artikel politik yang mengelirukan maklumatnya. Anda juga akan melihat bagaimana terdapat 2 orang Islam yang menganggotai CFR sebagai Manager Director iaitu Fouad Ajami dan Farid Zakaria.

Kedua-duanya penyokong penuh Amerika semasa berperang dengan Iraq dan mereka juga individu yang menulis artikel-artikel menghasut orang Arab menyokong dasar luar Amerika.

Menurut Myron Fagon dalam bukunya yang bertajuk “Pawn In The Game”, matlamat akhir CFR ialah One World Government. Matlamat ini semakin tercapai apabila tertubuhnya PBB selepas perang dunia ke-2. Jika diteliti betul-betul, PBB sebenarnya dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai 7 negara kuasa nuklear termasuk Jepun.

Mesyuarat Majlis Keselamatan pula tidak dihadiri oleh Presiden setiap negara tetapi dihadiri oleh Menteri-Menteri Luar Negeri (Foreign Minister) untuk memutuskan sesuatu perkara. Dan yang paling membimbangkan sekarang ialah semua menteri-menteri luar negeri itu adalah ahli bagi CFR sekarang ini.

Dan amat logik sekiranya Iran tidak dibenarkan mempunyai nuklear, kerana ia akan mengimbang kuasa dunia Islam dan Barat. Iran tak mungkin diambil sebagai ahli Majlis KEselamatan kerana ia akan menganggu matlamat CFR yakni Dajjal.

Kaedah akhir CFR melalui ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB ialah, para ahli-ahli majlis akan mencadangkan kepada dunia melalui suatu persidangan tentang perlunya semua kerajaan disatukan. Tujuannya supaya tidak lagi berlaku perbalahan antara dunia barat dan dunia Islam. Jika cadangan ini benar-benar muncul, agak anda siapakah yang akan dilantik menjadi Presiden Besar mengetuai semua kerajaan-kerajaan dunia nanti ?

Sejauh Mana Penguasaan CFR terhadap Negara Dunia?

Untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli-ahli dikalangan negara Islam untuk membantu mencapai matlamat One World Government yang dibentuk pada 1784 di Perancis. Caranya ialah menubuhkan suatu lagi NGO yang dianggotai hanya oleh menteri-menteri dan billionaire-billionaire. Pertubuhan itu ialah Trilateral Commission.

Ahli-ahli TC adalah terhad dan tidak boleh dianggotai oleh semua orang. Ianya diasaskan oleh orang yang sama iaitu David Rockefeller 1973. Anggota TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Bank Dunia, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, Presiden Fuji Xerox, bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia (mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang Tan Sri dari Malaysia berstatus billionaire.



(Kiri) Yotaro Kobayashi, Presiden Fuji Xerox, (Kanan) Shiguro Ogata, Gabenor Bank Jepun

Pendedahan Maklumat Sulit CFR dan Trilateral Commission

Masyarakat barat dikurniakan Allah sifat suka mengkaji dan menyelidik, dan sekarang ini terdapat beratus-ratus laman web yang mendedahkan gerakan sulit tajaan Dajjal iaitu CFR, Trilateral, Bilderberg, Skull and Bones, New World Order, Illuminati dan sebagainya.

Salah seorang rakyat Amerika yang terkenal Alex Jones (pengarah filem) mendedahkan banyak maklumat tentang gerakan Yahudi di Amerika. Pendedahannya di luar batasan yang dibenarkan sehingga ia ditahan oleh pihak berkuasa Amerika.

Kesimpulannya, adakah pertubuhan-pertubuhan ini ditubuhkan secara kebetulan? mengapa setiap pengasas pertubuhan ini adalah dari keluarga yang sama iaitu cucu-cicit Rotschild dan Rockefeller? Jika anda peminat setia buku Muhammad Isa Dawud, anda pasti jumpa jawapannya dalam bukunya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”.

wallahu’alam…






Saturday, June 12, 2010

Teori Penguasaan Hujan Oleh Dajjal


Hadith Berkaitan….Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi…”

Keupayaan Dajjal

Keupayaan Dajjal dapat diringkaskan seperti berikut:

* Dapat mengarah langit menurunkan hujan secara spontan
* Dapat mengarahkan bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan
* Dapat menyebabkan tanam-tanaman dan binatang ternakan tidak menjadi.

Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan keupayaan Dajjal yang amat dasyat ini adalah tergolong dalam bentuk “fitnah” paling besar di akhir zaman kelak. Keupayaan Dajjal mengalihkan perjalanan hukum bumi dari Barat ke Timur diakui oleh Nabi dalam banyak hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh banyak imam-imam yang muktabar.

Sebagai umat Islam adalah wajib kita mengimani apa yang dinyatakan Rasulullah SAW, disamping itu wajarlah kita meluaskan ruang pemikiran kita tentang keupayaan Dajjal yang paling hebat ini.

“Menerbitkan Matahari Dari Barat”

Teori 1 : Pembinaan Mega Studio Tanpa Dinding dan Wayar

Pelan kasar penyelidikan untuk mengalihkan peredaran bumi sudah dilakar sejak beratus tahun. Cuma hasil dan kemajuannya baru nampak kini. Konsep utama teknologi gelombang satelait enam penjuru dapat dilihat pada logo fahaman Cabbala atau ritual ibadat gerakan Illuminati.

Pengalihan Hukum Peredaran Bumi

Bumi berputar setempat dengan kelajuan 1000 km/j dari arah Timur (terbit matahari) ke arah Barat (terbenam matahari) dan melakukan pusingan mengelilingi matahari dengan kelajuan 65,000 km/j. Dengan kelajuan yang luar biasa itu amat menakjubkan objek-objek dibumi tidak pula terpelanting keluar. Objek di bumi pula ditarik rapat ke bumi dengan bola graviti yang berada di tengah-tengah perut bumi.

Untuk membuatkan bumi berputar ke arah berlawanan maka 3 perkara perlu dilaksanakan iaitu Menghentikan Putaran, Memutarkannya Semula dan Mengekalkan Putaran.

Penulis percaya bahawa hukum ini tidak boleh dipecahkan kerana ia sudah masuk peringkat kiamat akhir. Dajjal menyedari hal ini (Dajjal juga mengkaji “al-Quran” untuk tujuan memesongkan umat Islam), dan si laknat itu masih mahu meneruskan hawa nafsunya yang sering mendesaknya menandingi kuasa tuhan. Dia mahukan kuasa seperti tuhan, dia mahu kuasa menurunkan hujan, kemarau, ribut, banjir, gempa bumi berada di tangannya.

Jalan yang paling mudah ialah membina studio besar tanpa dinding yang boleh menggerakkan sesuatu unit sebagai agen tiruan. Unit-unit tiruan itu ialah awan tiruan, langit tiruan, matahari tiruan, kilat tiruan, puring beliung tiruan dan bermacam-macam lagi lagi perkara tiruan. Ingatkah kita kepada pesan Rasulullah SAW dan nabi-nabi sebelumnya iaitu “berwaspadalah dengan fitnah-fitnah yang dibawa oleh Dajjal”. Pernahkah kita mengkaji perkataan fitnah itu. Apakah takrifan bagi fitnah? Kenapa nabi tidak mengguna perkataan menyerang atau memaksa atau membunuh?

Pelan Persediaan Unit-Unit Tiruan oleh Dajjal

Pelan tindakan menyediakan semua perkakasan-perkakasan amat kompleks dan memerlukan suatu perancangan yang rapi. Ini termasuklah memastikan setiap penjuru bumi dilengkapi kelengkapan yang canggih, yang mana kelengkapan itu berupa suatu bentuk yang tidak disedari manusia bahawa ia adalah kelengkapan pembinaan studio gergasi.

Pembinaan studio gergasi ini harus dilakukan tanpa disedari manusia akan cara ia berfungsi agar Dajjal dapat menipu (memfitnah) semua manusia bila ia keluar nanti. Sebelum melaksanakan tugas besar ini, yang obejktifnya adalah “Dajjal mampu mewujudkan cuaca, mengalihkan matahari, kesuburan tanah dan ternakan“, suatu bentuk eksperimen perlu dijalankan secara kecil-kecilan (pilot project).

Lokasi terbaik melakukan eksperimen ini ialah studio Hollywood yang serba canggih itu yang menjadi syurga semua manusia tanpa iman dalam dunia. Kita sudah sedia maklum akan siapa Lembaga Pengarah Hollywood iaitu seorang Yahudi yang ekstremis.

Hollywood amat sesuai untuk suatu projek percubaan sebelum suatu projek sebenar berjalan. Menyelami projek percubaan (trial project) amat penting bagi kita kerana kunci projek mega Dajjal untuk menjadi tuhan akan terbongkar sedikit demi sedikit.

Ya! Benar ada yang mengatakan “Buat apa susah-susah nak fikir, biarlah semua tu terjadi, Dajjal memang akan muncul, Allah dah tetapkan, kita tak boleh buat apa. Kalau kita tahu rahsia Dajjal sekali pun Dajjal tetap akan menjadi orang jahat dan menentang Nabi Isa dan Imam Mahdi.” Ya benar, ianya semua takdir Allah. Jika itulah hujah yang kita guna untuk tidak mahu berfikir dalam hal ehwal Dajjal maka hujah di bawah ini adalah lawannya.

Menaiki motosikal dalam keadaan tidak bertopi keledar adalah amat bahaya dan semua orang mengetahuinya. Jika jadikan ‘takdir’ sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir mengapa kita memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, polis bukannya ada selalu di jalanraya, bukankah jika Allah berkehendak untuk ia mati, di mana pun ia boleh mati. Oleh sebab itu, jika orang bertanya kepada kita “Ali mengapa tidak memakai topi keledar, bahaya nanti boleh mati? Kita sepatutnya menjawab “Takpelah Mat, mati adalah takdir tuhan”. Tetapi realitinya kita tidak menjawab begitu malah kita sendiri memakai topi kerana takut mati atau cedera. Tindakan memakai topi adalah tindakan berjaga-jaga agar kita “tidak ditakdirkan dalam golongan yang tercedera”.

Samalah juga dalam hal ehwal Dajjal, berfikirlah untuk tidak tergolong dalam kelompok yang termakan fitnah Dajjal.

Berbalik hal studio mega tadi, kita perlu melihat statistik studio Yahudi ini dalam menghasilkan filem-filem berkaitan keadaan cuaca, perubahan alam, gempa bumi, ledakan nuklear, banjir dan sebagainya. Perkara yang perlu dikaji ialah;

* bilangan filem yang dihasilkan.
* Siapakah pengarah dan penulis skrip (adakah mereka anggota illuminati atau freemason atau kelompok rahsia lain atau sekurang-kurangnya mereka berbangsa Yahudi seperti Steven Spielberg)
* Melihat plot atau kronologi cerita tersebut.
* Konsep yang digunakan dalam mencetuskan bencana alam tiruan.

Teori Dajjal Sebagai Perancang Konspirasi Yahudi Sudah Lama Wujud

Dengan tajuk yang agak panjang di atas, saya ingin menegaskan bahawa Muhammad Isa Dawud (Penulis/Wartawan) bukanlah orang pertama yang mempercayai bahawa Dajjal (Antichrist) merupakan perancang utama terhadap konspirasi Yahudi. Setiap apa yang dilakukan oleh Yahudi dalam gerak kerja mereka sejak dari zaman Nabi Musa hinggalah sekarang dipercayai dipengaruhi oleh seseorang yang amat berkuasa.

Muhammad Isa Dawud mula memperkenalkan teorinya tentang Dajjal mengatur segala konspirasi dunia pada tahun 1996. Teorinya itu diperkenalkan di dalam buku kontroversinya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”. Buku ini adalah terbitan Darul al-Basyir, Kaherah dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Hidayah (Indonesia) dan Pustaka Syuhada (Malaysia).

Namun demikian, 95 tahun sebelum Isa Dawud menulis buku tentang Dajjal, terdapat seorang cendekiawan dari Russia yang telah pun mengesyaki bahawa Dajjal adalah perancang utama konspirasi Yahudi. Cendekiwan yang sedar ini bernama Prof. Sergius A. Nilus yang hidup sezaman dengan Henry Ford ketika itu.



Prof. Sergey A. Nilus (Kiri), Buku pertama edisi Rusia (Kanan)



Hasil Kerja Prof. Nilus

Prof. Nilus menerbitkan buku yang bertajuk “The Great Within the Small” yang diterbitkan pada 1901 dalam bahasa Rusia. Hasil kerja Prof Nilus telah dibawa keluar dari Rusia oleh seorang rakannya yang bernama G. Butmi untuk disebarkan kepada masyarakat dunia. Senaskah daripadanya berjaya disimpan di Muzium British pada 10 Ogos 1906.





Dr. Theoder Herzl, Pengasas Pertubuhan Zionist Antarabangsa.



Buku karangan Prof. Nilus mengandungi himpunan-himpunan Protokol Pertubuhan Zionis yang mana pada zaman itu, organisasi Zionis masih dipimpin oleh pengasasnya iaitu Dr. Theoder Herzl. Apa yang mengejutkan ialah Prof. Nilus berjaya membawa keluar minit-minit mesyuarat kongres Zionis di Bassel yang diadakan paa tahun 1897.

Amat dipercayai bahawa, maklumat-maklumat yang dimiliki oleh Prof. Nilus adalah hasil kerjasamanya dengan seorang perisik Rusia yang bernama Miss Glinka. Beliau (Glinka) telah mengupah seorang pencuri yang bernama Joseph Schorst untuk mencuri dokumen-dokumen mesyuarat Zionis selepas kongres Zionis itu berlangsung. Sebenarnya Schorst juga seorang Yahudi tetapi dia tidak terikat dengan ideologi ekstrim Yahudi Zionist. Apa yang diketahui ialah Schorst adalah salah seorang ahli Mizrain Lodge di Paris.





Kongress Zionist di Bassel (atas)



Dipercayai juga bahawa, rakan Prof. Nilus iaitu Prof. Philip P. Stephanov juga memiliki dokumen protokol Yahudi itu. Stephanov telah mencetak dokumen tersebut lebih awal secara persendirian pada tahun 1897. Kemudian pada 1901, barulah Prof. Nilus menerbitkan dokumen tersebut dalam buku kontroversinya yang bertajuk “The Great Within the Small”. Bezanya ialah, dokumen protokol Yahudi yang diterbitkan oleh Prof. Nilus mengandungi ulasan-ulasan yang mistirius dan hanya dapat difahami oleh masyarakat Islam sedangkan beliau berada di Rusia ketika itu bukannya di negara Arab.

Pada Januari 1917, Nilus menerbitkan edisi kedua, tetapi tidak sempat kerana tercetusnya Revolusi Rusia pada Mac 1917. Perampas kuasa ketika itu, Kerenski (berbangsa Yahudi) telah mengarahkan Prof. Nilus ditangkap. Beliau dipenjarakan dan diseksa, malahan semua hasil karangannya dihapuskan. Ramai pengkaji mempercayai Kerenski adalah salah seorang ahli pertubuhan Yahudi sama ada Zionis atau Freemason.





Rejim Kerenski yang berjaya menguasai Rusia 1917. (atas)



Dengan kuasa tuhan, beberapa naskah Prof. Nilus berjaya di selamatkan dan diterbitkan di Jerman pada 1919, di Perancis dan Amerika pada 1920 dan di beberapa negara lain iaitu Arab, Itali dan Jepun.

Ulasan-Ulasan Aneh Prof. Nilus Tentang Raja Yahudi

Berikut di bawah ini adalah ulasan-ulasan aneh Prof. Nilus yang mana saya pecaya Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mengesyaki Dajjal sebagai perancang utama. Atau pun, Muhammad Isa Dawud sendiri telah mendapat ilham dari hasil ulasan Prof. Nilus. Wallahualam…

Ulasan Prof. Nilus dalam Bukunya “The Great Within the Small”

“….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai - tetapi sia-sia - malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh…..”

“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.”

“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) - makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”

“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi - kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan…..Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.”

Saya percaya bahawa Prof. Nilus seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Kristian dan beliau tidak meragui bahawa Dajjal (AntiChrist) itu wujud dan ada bersembunyi di sesuatu tempat yang rahsia. Saya juga percaya bahawa Prof. Nilus mengetahui semua perancangan rahsia Yahudi Zionis adalah diatur oleh Dajjal sendiri yang memberikan maklumat dari suatu tempat lain yang rahsia dan misteri.

Dan kemudian sehinggalah pada 1996, Muhammad Isa Dawud memecahkan kebuntuan Prof. Nilus (walaupun tidak disebut dalam karyanya) tentang tempat perancangan Dajjal tersebut. Muhammad Isa Dawud dengan hujah-hujahnya yang tersendiri dengan yakin menyatakan Dajjal sedang bersembunyi di Segitiga Bermuda.

Pembaca-pembaca yang telah membaca buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk, “Dajjal akan Muncul….” juga harus ingat bahawa Muhammad Isa Dawud ada menulis dalam bukunya seperti berikut, “….Dajjal melalui agen-agennya….” Perkataan tersebut diulang berkali-kali seolah-olah ingin memberitahu kita bahawa ada manusia-manusia Yahudi yang mengetahui Raja mereka sedang bersembunyi di suatu tempat yang misterius dan hanya menunggu masa untuk keluar.

Saya secara peribadi bersyukur dengan terbitnya buku Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal itu kerana ia telah merungkai dan membuktikan kebenaran beberapa ulasan-ulasan penyiasat konspirasi Yahudi sebelumnya seperti Henry Ford, Victor E. Marshden dan Prof Nilus sendiri.

Namun begitu, kesemua hipotesis-hipotesis di atas sangat abstrak untuk difikirkan secara logik oleh kebanyakan masyrakat. Oleh itu, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk menilai dan mencari maklumat yang sebenarnya.

Wassalam…

Rujukan

Buku-buku Marshden edisi Amerika, 1937 (kiri), edisi Brazil 1937 (Tengah), edisi Poland 1943 (Kanan)

Victor E. Marsden, The Protocols of the Meetings of the Learned Elders of Zion, 1923 (pembaca digalakkan membaca buku ini)

Sergius A. Nilus The Great Within the Small“, 1901 (Terjemahan Inggeris)