Agenda menghasilkan manusia separa robot bukanlah hanya fantasi di televisyen, tetapi ianya suatu usaha yang realiti dan benar-benar berlaku tanpa disedari orang awam. Usaha ini telah dilakukan oleh beberapa organisasi bukan kerajaan yang dipercayai ditaja oleh Illuminati.
Fokus penghasilan manusia separa robot
Sekumpulan ahli-ahli saintis yang terkenal (tetapi disembunyikan populariti mereka) dalam bidang sains biologi telah bersepakat bahawa dunia perlu menerima kewujudan ‘manusia separa robot’ sebagai langkah menghadapi bencana akhir zaman.
Menurut propaganda tahyul mereka, manusia akan menghadapi kepupusan populasi yang mendadak secara tidak sedar walaupun pada zahirnya statistik tahunan menunjukkan kadar kelahiran semakin meningkat.
Hujah kelompok saintis ini yang diketuai oleh Dr. Nick Bostrom menyatakan penyakit-penyakit moden akhir zaman dan perang nuklear yang bakal berlaku akan menyebabkan kadar kematian menaik dengan mendadak.
Mereka beralasan bahawa manusia biasa dengan keadaan biologi biasa tidak mampu menghadapi situasi ini kerana elemen kognitif manusia adalah sama sejak ribuan tahun dahulu tetapi persekitaran sentiasa berubah setiap tahun.
Atas alasan ini, Dr. Nick Bostrom telah memberikan penekanan bahawa hanya manusia yang mempunyai ciri-ciri biologi berteknologi sahaja yang mampu bertahan dengan perubahan dan ancaman dari bencana-bencana dunia.
Dalam seminar empat hari yang berlangsung di Universiti Oxford pada 5 Julai lepas, Bostrom menegaskan,
“Sebarang entiti yang didapati lebih bijak dari manusia akan ditakrifkan sebagai lebih berkuasa.”
Kenyataan tegas Bostrom di dalam seminar tersebut ini harus diperhalusi dan diambil berat oleh semua orang khususnya orang Islam kerana Dr. Nick Bostrom adalah Pengarah Future of Humanity Institute di Universiti Oxford.
Pembinaan Biologi Manusia yang lebih kompleks
Manusia separa robot yang bakal diperkenalkan ini bukanlah seperti Robocop, Terminator atau Data (pekerja kapal angkasa Star Trek). Ia juga bukanlah sejenis manusia yang dipenuhi besi-besi pada tubuh badan dan kepala.
Ianya lebih kepada pembinaan sistem saraf dalaman manusia yang disokong oleh teknologi nano dan micro cip. Ini bermakna, manusia itu tetap manusia tetapi keupayaan deria-deria semulajadinya akan dipertingkatkan ke tahap luar normal.
Kami percaya, peranan gabungan teknologi dengan biologi manusia akan diambil peranannya oleh jentera nano robot. Nano robot adalah satu vektor kompleks yang boleh diprogramkan peranannya dari jarak jauh, maka tidak mustahil jika ia di reconstruct sebagai penyokong saraf secara kekal.
Ini berdasarkan laporan dari seminar Dr. Nick Bostrom sendiri, sejenis nano robot berbentuk sel darah merah sedang dibangunkan untuk diuji pada bila-bila masa. Sel darah sintetik itu berupaya membuat pelari jarak jauh Olimpik bernafas hanya sekali dalam masa 15 minit. (mungkin telah digunakan beberapa kelab bola sepak profesional tanpa pengetahuan umum).
Kemungkinan sel darah sintetik akan digunakan anggota tentera Illuminati amat diyakini kerana ia mengelakkan keletihan yang teruk ketika perang. Manakala umat Islam secara holistik, semuanya layak menjadi tentera kerana mampu berpuasa tanpa sokongan nano robot dalam badan.
Perang akhir zaman akan lebih kompleks
Usaha-usaha kumpulan saintis Dajjal ini menunjukkan perang akhir zaman adalah lebih kompleks, maju, sistematik dan luar jangka. Situasi sebegini juga membuktikan bahawa hadith-hadith akhir zaman amat tepat dan bukan lagi sebuah bahasa kiasan atau perlambangan konsep. Maka disebabkan itu, kami telah mengeluarkan sebuah artikel berkaitan teknologi Nabi Isa pada tahun lepas.
Kemungkinan tentera-tentera Dajjal akhir zaman akan dianggotai oleh kelompok manusia separa robot semakin menjadi kenyataan. Ia bukan lagi dongeng Spielberg di layar perak, ia sedang berlangsung dan sedang diusahakan sekarang ini.
Dunia akhir zaman menunjukkan teknologi bukan lagi mesti memegang atau menggunakan sesuatu ‘alat maujud’ untuk menikmati teknologi itu tetapi ia sudah mencapai peringkat ‘gabungan bersama biologi manusia’.
Hakikatnya sekarang …
Berapa pula masa yang umat Islam ada untuk menghadapi perang akhir zaman ini? Sedangkan buku-buku teks sains di universiti tempatan pun masih lagi berhabuk dengan tulisan-tulisan saintis barat.

Salah seorang ahli panel yang hadir bersama Bostrom iaitu Dr. Raymond Kurzweil telah mengeluarkan kenyataan yang amat mengejutkan dengan penuh yakin;
“This will happen faster than people realize.”
Akhbar Fortune sendiri telah mengiktiraf Kurzweil sebagai “The Smartest Futurist on Earth”, manakala pengerusi Microsoft juga menggelarkan beliau sebagai “Visionary thinker and futurist.” Selain itu, Kuzrweil juga menjangkakan pada 2020, generasi kedua nano robot akan dihasilkan.
Manusia Robot : Teknologi Yang Mengancam Umat Islam
Perkembangan penyelidikan human-robot
Usaha Yahudi Zionis di dalam melahirkan biologi manusia yang di luar kemampuan manusia biasa sudah lama dijalankan. Usaha ini telah direalisasikan dengan penubuhan Future Humanity of Institute di bawah Fakulti Falsafah, Universiti Oxford.
Di bawah FHI, terdapat lima projek penyelidikan utama dan salah satunya ialah projek Global Catastrophic Risks (GCR) yang dipimpin sendiri oleh pengarah FHI iaitu Dr. Nick Bostrom. Projek GCR ini menetapkan dua persoalan misinya tentang manusia;
1. Apakah ancaman terbesar terhadap ketamadunan dunia dan kehidupan manusia?
2. Mampukah spesis manusia bertahan pada era abad ke-21?
Dua persoalan di atas dijadikan misi untuk FHI berdiri kukuh di tengah-tengah kesibukan Univerisiti Oxford. Misi ini sudah pasti lebih bertumpu ke arah menyelongkar biologi manusia dan mencari kelemahan-kelemahan ciptaan tuhan. Atau dalam erti kata lain FHI cuba mengetengahkan idea bahawa ciptaan tuhan itu lemah dan perlu diperbaharui dengan teknologi ciptaan manusia.
Institut yang ditubuhkan pada 2005 ini telah pun melangsungkan 9 seminar pembentangan kertas kerja dan yang terbaru akan sedang berlangsung pada bulan Julai 2009 ini.
Di antara 9 seminar yang telah dijalannkan, terdapat 2 aturcara yang paling menimbulkan syak kebanyakan penyiasat konspirasi barat, iaitu:
1. Persidangan Global Catastrophic Risks (17-20 Julai 2008)
2. Policy Foresight and Global Catastrophic Risks Workshop (21 Julai 2008)
Persidangan Global Catastrophic Risks (17-20 Julai 2008)
Persidangan yang dipengerusikan oleh Dr. Nick Bostrom ini memfokuskan isu terhadap usaha-usaha menggabungkan teknologi nano robot ke dalam sistem biologi manusia. Lihat artikel bahagian 1.
Policy Foresight and Global Catastrophic Risks Workshop (21 Julai 2008)
Bengkel sehari yang dikelolakan oleh Sir Crispin Tickell ini membincangkan bagaimana membentuk persefahaman antara ahli akademik dan perancang-perancang dasar kerajaan agar setiap tindakan kerajaan akan mengambil kira pandangan ahli akademik khususnya dalam mendidik masyarakat menghadapi bencana global.
Amat menghairankan, hanya apabila peserta seminar membincangkan tentang “pengubahsuaian sistem biologi manusia” barulah cadangan tersebut akan dikemukakan kepada kerajaan.
Sekiranya cip-cip nano robot yang akan dipasang di dalam organ manusia telah dicipta, persoalannya adakah ia akan dipromosikan kepada semua negara atau bangsa tanpa mengira warna kulit?
Setakat hari ini, tiada langsung perbincangan di peringkat antarabangsa mahupun seminar-seminar prestij berkaitan sains yang menyebut penggunaannya terhadap bangsa lain. Yang disebut hanyalah ungkapan ‘kegunaan manusia’. Jika ada pun hasrat menyebarkan teknologi untuk diguna bangsa lain, kemungkinan kemampuan teknologi itu dikurangkan agar tidak setanding teknologi asal yang dicipta.
Jangkaan Kewujudan Sistem Kasta Pada Masa Depan
Apabila kita menujah isu ini di dalam ruang ilmu konspirasi, kita dapat menjangka bahawa Dajjal kelak mahu membahagikan manusia ini terpecah kepada dua kelompok. Kelompok pertama, adalah kelompok manusia yang mempunyai kepintaran dan kemampuan biologi di luar batasan manusia normal. Manakala kelompok kedua, adalah golongan manusia biasa tanpa pelengkap teknologi di dalam sistem biologi.
Kewujudan ini dijangka akan berlaku kerana penyelidikan dan hasil kajian-kajian terhadap teknologi ini bukan lagi di peringkat perancangan atau draf, ianya sudah dalam proses pembangunan. Usaha ini bolehlah disifatkan sebagai perancangan Illuminati untuk meluaskan lagi jurang antara masyarakat miskin dan masyarakat kaya.
Teknologi yang bakal memecah-belahkan umat Islam
Untuk mendapatkan kemampuan ‘luar biasa’ yang diperkenalkan teknologi ini, nano robot ini perlu dimasukkan dan digabungkan dengan sistem biologi badan. Selepas dimasukkan, ia akan menjadi kekal atau menjadi sebahagian dari anggota badan manusia.
Di dalam Islam, memasukkan sebarang bendasing dalam badan bagi tujuan memperelokkan fizikal sedia ada adalah haram. Ia umpama memakai gigi palsu (emas/perak), mewarnakan kuku, mewarnakan rambut, memasukkan susuk kecantikan dan sebagainya dengan tujuan melunaskan hasrat ingin kepada kepuasan nafsu.
Jika situasi ini benar-benar berlaku, kemungkinan akan wujud dua kelompok ulama’ yang mana salah satunya berfatwa bersetuju membenarkan penggunaan bendasing (nano robot) ini dengan alasan atas kebaikan manusia atau mengelakkan dari ketinggalan kemampuan berbanding bangsa lain. Manakala satu kelompok ulama lagi mungkin dilabelkan konservatif kerana melarang memasukkan bendasing dengan sengaja.
Sesungguhnya, keadaan huru-hara (fitnah) ini boleh menyebabkan kelompok ulama’ Islam kembali terpecah dua seperti zaman penjajahan dahulu.
Misalnya, pada zaman penjajahan dahulu, ulama terbahagi kepada Kaum Muda dan Kaum Tua.
Golongan agama Kaum Muda memperjuangkan kemerdekaan berasaskan perjuangan nasionalis (kebangsaan). Mereka juga berpendapat idea dan falsafah barat patut diterapkan agar bangsa Melayu setanding dengan bangsa lain. Manakala golongan ulama’ Kaum Tua pula seperti Tok Kenali, Tok Janggut, memperjuangkan kemerdekaan berasaskan Islam. Mereka pula memperjuangkan sistem pondok lama.
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara dan membenci kamu tiga perkara ; Dia meridhoi kamu apabila kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan sesuatu kepada-Nya, dan apabila kamu berpegang teguh kepada tali Allah semua dan kamu tidak berpecah-belah”
[HR Muslim : 3236]
Kini, jelas terbukti perjuangan Kaum Tua teramat benar. Walaupun negara Islam banyak yang merdeka tetapi kemerdekaan itu sebenarnya hanya pada buku-buku sejarah, realitinya sistem politik, ekonomi dan sosio-budaya telah dikuasai sepenuhnya negara-negara barat yang dikuasai Illuminati.
Selain itu, walaupun kedua-duanya (Kaum Muda dan Kaum Tua) kelihatan mempunyai objektif yang murni, tetapi kewujudkan dua kelompok ini telah berjaya dari segi perancangan Illuminati untuk memecahkan pemikiran masa depan umat Islam.
Na’uzubillahiminzaalik….
No comments:
Post a Comment